IDEMIA bekerjasama dengan RHB Bank untuk menerajui inisiatif kelestarian dengan rangkaian kad debit mesra alam baharu RHB Bank dengan usaha sama WWF-Malaysia dan Visa.
IDEMIA, peneraju global dalam Identiti Terimbuh (“Augmented Identities”) hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian pertama kad pembayaran kitar semula PVC yang pertama di Asia Pasifik. Inisiatif ini diterajui bersama Kumpulan Perbankan RHB Bank, penyedia pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan melalui ibu pejabatnya di Malaysia. Direka untuk para pelanggan perbankannya, RHB Bank menghasilkan kad-kad debit RHB Visa WWF Debit Card-i ini melalui usaha sama dengan IDEMIA, World Wildlife Fund Malaysia (WWF-Malaysia) dan Visa, sebagai sebahagian daripada usaha bank tersebut untuk mengukuhkan komitmennya terhadap amalan pelestarian dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap konservasi dan kemampanan alam sekitar dalam ekosistem marin.
Sebagai sebahagian daripada strategi alam sekitarnya, IDEMIA mengesahkan komitmennya untuk beralih daripada model linear ambil-buat-buang (“linear ‘take-make-waste model) dan mempertimbangkan semula cara menghasilkan rekaan, mengguna, dan mengguna semula plastik. Usaha sama antara RHB dan IDEMIA membuktikan keinginan yang dikongsi bersama untuk menjadi perintis dalam inisiatif ini.
Usaha kitar semula plastik memberi pelbagai manfaat (termasuk pengurangan emisi karbon dioksida) dan salah satu impak yang paling penting ialah pengurangan sisa industri berbanding penggunaan bahan baharu. Kad pembayaran PVC kitar semula ini menjimatkan sejumlah 3.18g sisa industri bagi setiap kad dan ini boleh berganda kepada ribuan tan bahan, sekiranya seluruh industri beralih kepada inisiatif ini.
Kad debit Visa ini boleh didapati oleh para pelanggan perbankan RHB Bank kini dan yang baru di Malaysia pada bulan Julai 2020. Kad-kad ini menggunakan teknologi tercanggih untuk kemudahan pembayaran yang lancar, telah lulus semua ujian ketahanan, dan disahkan ISO serta mematuhi EMV.
“Salah satu aspek inovasi adalah menyedari impak yang dibawa oleh pembangunan yang kita lakukan ke atas masyarakat dan dunia ini. Secara asasnya, inovasi bermaksud mencari penyelesaian baharu yang membantu kita menggabungkan kecekapan dengan kelestarian,” kata Vincent Mouret, Naib Presiden Kanan Institusi Kewangan Asia Pasifik di IDEMIA. “IDEMIA berbangga menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam usaha mengurangkan sisa plastik dan mengurangkan pencemaran darat & air di samping mengoptimumkan jejak karbon kami. Setiap usaha yang dapat kita lakukan untuk mewujudkan dunia yang lebih hijau amat bermakna.”
"Sebilangan besar plastik yang dibuang berakhir di lautan dan membawa kesan buruk kepada kehidupan laut. Kad plastik kitar semula baru kami merupakan usaha kami untuk menyumbang secara langsung kepada pemuliharaan kehidupan laut melalui kemitraan bersama IDEMIA serta NGO yang memiliki gabungan global seperti WWF-Malaysia," kata Dato ’Adissadikin Ali, Pengarah Urusan, RHB Islamic Bank Berhad.